Bilangan Pengujung

Guru-Guru SK Jambu Bongkok

Guru-Guru SK Jambu Bongkok
Sessi 2010

I made this widget at MyFlashFetish.com.

UPSR Tahun 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Sunday, May 16, 2010

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah





















Pada tahun ini amat meriah sekali sambutan di mana semua guru, guru KAFA dan pihak PIBG bergabung dalam menjayakan sambutan pada kali ini.

Majlis ini berlangsung agak lewat sikit iaitu jam 9 pagi kerana sebelum itu terdapat sessi bergambar semua guru SK Jambu Bongkok. Selesai sahaja sessi bergambar, acara mula berlangsung di dalam dewan sekolah dengan dimulai bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku dan Selamat Sultan. Selesai sahaja nyanyian lagu, bacaan ikrar hari guru dibaca oleh cikgu Isma. Seterusnya ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh wakil PIBG dan seterusnya ucapan guru besar Sk Jambu Bongkok.Selepas itu barisan guru penolong kanan sekolah akan membaca teks perutusan hari guru yang mewakili Menteri Pelajaran Malaysia. Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia dan Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu.


Selesai sahaja acara di dewan, bermulalah acara permainan guru iaitu bowling padang menggunakan buah kelapa, mencari harta karun yang mana terbuka kepada semua guru dan wakil PIBG, sambut bola bagi acara guru perempuan dengan murid perempuan dan street soccer pakai kain pelikat bagi acara guru lelaki bersama dengan murid lelaki.

Tepat jam 1130 pagi acara penyampaian hadiah kepada para pemenang yang berlangsung di dalam dewan. Sebelum upacara penyampaian hadiah dilangsungkan, terdapat beberapa persembahan daripada murid khas untuk guru dan selepas itu bermulalah acara penyampaian hadiah.Acara yang paling disukai dan ditunggu oleh guru mahupun murid ialah acara pertukaran hadiah yang mana hadiah yang diperolehi akan terus dibuka segera. Apapun hadiah yang diberikan oleh semua guru mempunyai citarasa yang tersendiri.

Acara diakhiri dengan nyanyia Lagu Guru Malaysia dan Lagu Guru Seorang lilin yang dipimpin oleh cikgu Khalid.Semoga berjumpa lagu di tahun hadapan. Apa-apapun guru SK Jambu Bongkok memang sporting dan tahniah untuk semua.



3 comments:

  1. time ma baca ikrar ada bunyi bahasa siam tak. bukan gapo bahasa baku campur dengan bahasa baku.

    ReplyDelete
  2. bukan setakat bahasa siam campur filipin n bangla kit....hi..hi..hi
    ma baca ikrar ape? ikra kawin ko?

    ReplyDelete
  3. siang ke cg okkkkkk
    nak hadioh hari guru kena beli sdiri.........
    tukor sama sdiri..............
    wak majlis spai tghari...........
    main bwh mhari..........
    syok sdiri...........
    nak hrap ke sape lagi............
    nak mintak, sape nak beri.........
    org jbt goment kate, jasa guru dihargai....
    tapi pen btg dok leh nok beri............
    pd hr guru sethn sekali........
    jwpnya kena beli sdiri..........
    br puas hati........
    takdok org nok dengki......
    ISI BAKUL ANGKAT SENDIRI...........

    ReplyDelete