Bilangan Pengujung

Guru-Guru SK Jambu Bongkok

Guru-Guru SK Jambu Bongkok
Sessi 2010

I made this widget at MyFlashFetish.com.

UPSR Tahun 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Thursday, July 29, 2010

Nisfu Syaaban

AMALAN PADA MALAM NISFU SYAABAN:

Selesai sembahyang Maghrib hendaklah membaca Yasin dengan niat panjangkan umurnya dalam mentaati Allah. Kemudian berdoalah. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan diniatkan diluaskan Allah rezekinya yang halal dan diberkatinya, kemudian lalu dibacakan doanya. Kemudian dibacakan pula Yasin dengan niat minta mati dalam iman, kemudian lalu dibacakan doanya.

Pada malam Nisfu Syaaban sangat baik memperbanyakkan beristighfar (memohon keampunan) dan taubat dari dosa-dosa besar dan kecil serta meminta diampunkan Allah ibubapa kita dan keluarga kita. Maksud doanya:

Ya Allah, Engkau Tuhanku, tiada ada Tuhan melainkan Engkau, Engkau telah menjadikan aku dan aku adalah hambaMU, sentiasa berada dalam genggamanMu dan ketetapanMU, tiada ada kesanggupanku. Aku mengaku padaMU nikmatMu atasku dan aku mengaku kepadaMu dengan dosa-dosaku, maka ampunilah aku. Sesungguhnya tiada apa yang akan mengampun dosa melainkan Engkau jua. Aku berlindung dengan Engkau daripada kejahatan apa yang telah aku lakukan.

Memohon keampunan dua ibubapa, maksudnya: Ya tuhanku ampunilah aku dan kedua ibubapaku dan rahmatilah duanya sepertimana mereka mendidik aku di waktu kecil. (Rabbigh firli waliwa lidaiya warham huma kama rabbayaani soghiro)

Memohon keampunan dan taubat diri: (70/100 kali pagi petang). Maksudnya: Aku mohon keampunan Allah dan aku bertaubat kepadanya. (Astagfirullah hal a’zim wa atu bu ilaih)

Membaca: (beberapa kali - pahala seperti ibadat seribu tahun). Maksudnya: Tiada tuhan melainkan Allah dan tiada kami sembah melainkan dianya, dengan cara ikhlas kepadanya, lagi tetap teguh di atas tauhid, walau pun membenci oleh orang-orang kafir. (La ila haillallah wala na’budu illa iyyahu mukhliseena lahuddin walau karihal kaafirun)

Membaca Al-Quran.

Membaca Tasbih: Seratus kali tiap-tiap satu.

Maksudnya: Maha Suci Tuhanku yang Maha Tinggi. (Subhanarob biyal a’ala)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan dengan segala kepujianNya. Maha Suci Allah yang Maha Agung. (Subhanallah wabihamdih, Subhanallahal ’azim)

Maksudnya: Maha Suci Allah dan segala kepujian bagi Allah tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar (Agong) tiada suatu daya dan tiada suatu kekuatan melainkan dengan Allah Yang Maha Agong. (Subhanallah, walhamdulillah, wala ila ha illallah, Allahhu akbar, walahaula wala qhuwwatailla billahil ‘aliyyil ‘azeem)

Membaca Salawat Atas Nabi: (Allahhummasolli ‘ala Muhammad) 10 atau 100 kali pagi dan petang.

Membaca Zikrullah: (La ila ha illallah) 100 kali selepas sembahyang Subuh dan Asar.

Sembahayang-sembahyang sunat: Sunat Mutlaq, Sunat Isyraq, Sunat Dhuha, Sunat mengiringi Fardhu, Sunat Awwabin, Sunat Tahajjud, Sunat Tasbih, Sunat Witir dan Sunat Hajat di tengah malam sebaik-baiknya memohon hajat sesuatu.

Dr Fadzilah Kamsah

Berikut merupakan petua-petua dan ciri-ciri yang ada pada pelajar cemerlang, dari Dr Fadzilah Kamsah. Pelajar cemerlang akan:
  1. Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri. Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebut.
  2. Merangsang kesemua deria dalam pembelajaran. Kajian menunjukkan bahawa:
    1. kita ingat 10 % apayang dibaca
    2. kita ingat 20% apa yang didengar
    3. kita ingat 50 % apa yang didengar & dilihat
    4. kita ingat 70% apa yang dicakapkan
    5. kita ingat 90% setelah dipraktikkan
  3. Belajar secara aktif dengan pen/pensil ditangan.
  4. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah).

    ...Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas belajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya....

  5. Belajar dalam persekitaran kondusif.
    1. pastikan cahaya adalah terang
    2. kurangkan gangguan bunyi
    3. tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajar
    4. tampal gambar-gambar yang menenangkan fikiran
    5. kerusi dan meja menghadap kiblat
    6. jangan lupa untuk senyum
  6. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan.
  7. Mengulang kaji menggunakan kaedah 'output learning' iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku/nota, ingat kembali, lakar/tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan.
  8. Tahu teknik merangsang memori:
    1. memasukkan maklumat dalam memori (registration)
    2. menyimpan maklumat dalam sel memori (retention)
    3. mengingat kembali (recall)
    4. menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain (application)
  9. Sentiasa awal dan mendahului:
    1. persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada guru.
    2. pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannya.
    3. belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan.
    4. untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
  10. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru.
  11. Mempunyai teknik membaca yang betul:
    1. duduk dengan tegak & bernafas dengan betul
    2. memberikan tumpuan sepanuhnya
    3. menggunakan jari telunjuk untuk membaca
    4. menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan
  12. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas.
  13. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan.
  14. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih.
  15. Mengadakan rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji.
  16. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri (study according to your biological clock). Bagaimanapun, perlu tahu waktu-waktu yang sesuai untuk belajar iaitu sebelum tidur, selepas bangun tidur, selepas mandi air panas, selepas baca al-quran/zikir selepas riadah dan selepas berdoa.
  17. Mengulang kaji secepat mungkin. Ulang kaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).
  18. Mengulang kaji secara bersendirian atau berkumpulan.
  19. Tahu mengulang kaji adalah aktiviti pembelajaran terpenting sebelum peperiksaan.
  20. Mengulang kaji pelajaran berulang-ulang kali.
  21. Mengulang kaji apabila mulai terlupa.
  22. Tahu petua mengulang kaji
    1. cari tempat yang tenang dan serasi dengan jiwa kita
    2. siapkan semua 'bekalan' dengan sempurna
    3. duduk tegak dikerusi yang selesa
    4. baca doa penerang hati
    5. baca buku atau nota mengikut teknik membaca yang betul
    6. fikir dan ingat kembali isi utama
    7. catat/lakar
    8. semak semula ketepatan maklumat
    9. ulang sebut atau ceritakan pada orang lain
    10. buat rumusan
    11. jawab soalan
    12. tampal maklumat yang rumit di dinding
    13. baca doa tanda kesyukuran selepas belajar
  23. Tahu memberi ganjaran kepada diri sendiri selepas beajar seperti membaca surat khabar, melawat rakan dan sebagainya.
  24. Tahu petua-petua agar tidak lupa:
    1. jangan makan kepala ikan
    2. jangan makan organ dalaman
    3. jangan minum semasa makan
    4. jangan minum atau makan makanan yang tercemar oleh semut
    5. jangan melihat kemaluan
    6. jangan melihat buih
    7. jangan membaca nama pada batu nisan
    8. banyakkan makan makanan yang mengandungi soya seperti tempe, tauhu dan lain-lain
    9. banyakkan makan kismis, kurma dan madu
    10. banyakkan makan kekacang
    11. pakai minyak wangi ketika belajar atau menghadapi peperiksaan
    12. jangan makan sehingga terlalu kenyang
    13. jangan kencing berdiri
  25. Tahu kemahiran mengingat:
    1. tampal nota-nota penting di dinding
    2. tukar perkataan, ayat atau definisi dalam bentuk gambar atau rajah
    3. gunakan kaedah akronim
    4. reka cerita atau ayat mengenai konsep yang perlu diingat
    5. pecahkan maklumat kepada kumpulan kecil
  26. Cekap mengatur jadual belajar:
    1. mempunyai jadual belajar
    2. patuh kepada jadual
    3. buat jadual yang boleh diikuti
  27. Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan tidak menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar.
  28. Cari maklumat mengenai subjek yang tidak diketahui. Sediakan perkara-perkara yang tidak diketahui dan dapatkan penyelesaian dari orang yang lebih arif.
  29. Membina kepelbagaian dalam pembelajaran. Sebagai contoh, satu hari dipelbagaikan cara dan topik untuk belajar.
  30. Menggunakan masa terluang untuk mengulang kaji atau mencuri masa.
  31. Membawa nota ke mana-mana sahaja (kecuali ke tandas).
  32. Pelbagaikan tempat belajar.
  33. Menyedari guru-guru adalah sumber ilmu yang baik. Tanya guru apabila tidak faham
  34. Menjadikan nota-nota menarik seperti membuat corak, menggariskan isi penting dan sebagainya.
  35. Ciri-ciri pelajar cemerlang:
    1. taat kepada Allah
    2. mendirikan sembahyang
    3. menghormati kedua ibu bapa dan sentiasa mendoakan mereka
    4. hormati & sayangi guru
    5. bersungguh-sungguh dalam melakukan kerja untuk mencapai kecemerlangan.
    6. suka pada setiap mata pelajaran yang dipelajari
    7. membantu rakan yang memerlukan
    8. berdoa dan bersyukur kepada Allah
    9. sentiasa bertawakal
    10. mahir dalam setiap mata pelajaran
Kita juga perlu ingat pelajar yang cemerlang, adalah juga cemerlang pada akhlak dan tingkah lakunya dan seimbang dalam kehidupannya. Kecemerlangan pelajar bukan semata-mata dilihat pada nilai akademiknya sahaja. Semoga bermanfaat.

Khas bagi murid tahun 6

Ciri-ciri pelajar cemerlang seperti berikut:

1. Sentiasa yakin pada potensi diri sendiri.

2. Bersedia memikul tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

3. Memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pelajaran semasa mengikuti pengajaran guru.

4. Membuat persediaan awal dalam menghadapi sebarang peperiksaan.

5. Sentiasa bersiap sedia dalam menghadapi sebarang bentuk ujian atau peperiksaan yang bakal diadakan oleh pihak sekolah atau pihak kementerian.

6. Menyediakan keperluan peralatan belajar yang mencukupi.

7. Menepati waktu belajar yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah

8. Mendapatkan bantuan guru atau kawan-kawan sekelas yang lain apabila gagal mengikuti kelas di atas sebab-sebab tertentu.

9. Sentiasa menghormati guru sama ada semasa guru sedang mengajar di dalam kelas atau sewaktu berada di luar kelas.

10. Bersoal-jawab dengan guru untuk memahami pelajaran yang telah diajar.

11. Sering memberi pandangan dan pendapat dalam proses pembelajaran.

12. Sering berbincang dengan rakan-rakan tentang pelajaran yang telah dipelajari.

13. Menyiapkan tugasan yang telah diberi oleh guru sama ada kerja dalam kelas atau kerja rumah, dalam tempoh yang ditetapkan oleh guru berkenaan.

14. Mengadakan kumpulan perbincangan (study group) bersama rakan-rakan yang mempunyai visi dan agenda yang sama iaitu kejayaan dalam peperiksaan.

15. Menjadikan perpustakaan sekolah dan perpustakaan yang lain sebagai gedung ilmu pengetahuan untuk dikunjungi dan mendapatkan buku-buku untuk dipinjam.

16. Membaca akhbar atau majalah-majalah akademik untuk mendapatkan ilmu pengetahuan tambahan.

17. Menonton rancangan televisyen yang sesuai untuk mendapatkan pengetahuan seperti Rancangan Pendidikan, Berita dan lain-lain lagi.

18. Mengadakan ujian dan peperiksaan kendiri (sendiri) seperti dibuat dalam peperiksaan sebenarnya, untuk dijadikan sebagai pengukuhan pembelajaran.

19. Menyediakan jadual waktu untuk merancang pembelajaran pelajar di luar sekolah. Minta nasihat guru atau abang-abang yang berpengalaman untuk mendapatkan corak jadual yang sesuai dan efektif. Jadual ini mestilah dipatuhi.

20. Mengikuti ceramah-ceramah motivasi yang diadakan untuk melahirkan semangat dan keyakinan diri.

21. Mengikuti seminar-seminar peperiksaan yang diadakan bagi memahami teknik-teknik menjawab soalan peperiksaan.

22. Membeli buku-buku rujukan yang sesuai. Ini dapat memantapkan persediaan pelajar. Minta bantuan guru untuk mendapatkan senarai buku-buku rujukan pilihan untuk subjek-subjek tertentu. Ingat pepatah Inggeris, "Don't judge the book by its cover." Buku yang kelihatan cantik menawan tidak semestinya baik. Hanya guru yang lebih memahami kualiti sesuatu buku rujukan.

23. Mengikuti kelas-kelas tuisyen untuk menambahkan lagi pengalaman dan kecekapan pelajar dalam pelajaran.

24. Mengadakan lawatan ke pameran-pameran buku yang diadakan.

25. Menyertai pelbagai aktiviti sekolah secara aktif dalam kokurikulum. Badan yang cergas akan menghasilkan otak yang sihat. Otak yang sihat akan melahirkan pemikiran yang lancar.

26. Pelajar perlu sanggup menghadapi cabaran luaran yang hebat yang sering cuba mengganggu penumpuan pelajar pada pelajaran atau cuba mengurangkan minat pelajar untuk belajar. Antara cabaran luaran yang dimaksudkan itu adalah hiburan, aktiviti sukan yang berlebihan, amalan suka melepak dan membuang masa dan gangguan kawan-kawan yang suka mengajak pelajar melakukan perkara-perkara yang kurang berfaedah.

27. Menjaga keselamatan diri dengan mengelakkan sebarang bentuk bahaya yang dapat mengancam tubuh fizikal pelajar.

28. Menjaga kesihatan tubuh badan dengan cara menghindari sebarang bentuk penyakit. Jaga keseimbangan makanan. Jangan makan terlalu banyak 'junk-food'. Hindari makan di gerai-gerai yang kotor atau membeli kueh-kueh yang terdedah tanpa ditutup. Jangan berjaga sepanjang malam. Ini boleh menjejaskan kesihatan.

29. Menjaga dan mengawal pemakanan dengan memakan makanan yang seimbang. Ini akan menjamin kesihatan badan yang baik dan otak yang dapat berfikir dengan lebih lancar. Pilih jenis makanan yang sesuai untuk minda dan kesihatan tubuh badan.

30. Jangan segan untuk menimba pengalaman daripada pelajar-pelajar yang telah berjaya dalam peperiksaan. Jadikan abang-abang dan kakak-kakak yang telah berjaya itu sebagai model atau contoh pelajar cemerlang. Perhatikan ciri dedikasi dan disiplin mereka dalam menghadapi peperiksaan. Pengalaman mereka yang telah berjaya itu sungguh berharga untuk pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan.

31. Bagi pelajar Islam, tunaikan sembahyang lima waktu seperti mana yang telah disyariatkan oleh agama. Bagi pelajar bukan Islam yang lain, lakukan amalan ibadat agama masing-masing.

32. Sentiasa berdoa dan mengharapkan pertolongan daripada Tuhan. Aspek kerohanian ini juga sama penting dengan aspek jasmani dan minda pelajar.

33. Berserah diri kepada Tuhan dan tidak putus asa jika gagal. Apabila menghadapi kegagalan, berusahalah lagi dengan menjadikan kegagalan itu sebagai iktibar dan panduan untuk lebih berjaya. Jadikan semua bentuk kegagalan sebagai pengukuh diri untuk mencari kejayaan yang lebih cemerlang.

Berakhirnya Peperiksaan OTI 3

Alhamdulillah....maka selasai sudah semua murid SK Jambu Bongkok menghadapi peperiksaan OTI 3 yang bermula pada 27 - 29 Julai 2010 (selasa - khamis). Apa yang diharapkan selepas ini adalah pencapaian semua murid akan meningkat khasnya bagi murid tahun 6 yang bakal menduduki UPSR pada bulan september nanti. Kepada guru-guru SK Jambu Bongkok, selamat memeriksa kertas.

Tuesday, July 27, 2010

Pertukaran Guru


Pada 25 Julai 2010, SK Jambu Bongkok telah kehilangan seorang guru yang mana cikgu Mohd Fauzan telah bertukar ke SK Kelulut. Cikgu Mohd Fauzan merupakan seorang guru yang amat disayangi oleh murid, bijak dalam kemahiran muzik dan amat disenangi oleh guru-guru. Beliau telah berkhidmat di SK Jambu Bongkok selama 2 tahun setengah bermula tahun 2008. Semoga beliau akan berjaya di SK Kelulut nanti. Selamat maju jaya buat cikgu Mohd Fauzan.



Kem Kecemerlangan Murid Tahun 6








Bertempat di Pusat Verterinar Dan Pemuliharaan Haiwan di Cermin Kiri, Bukit Besi telah diadakan satu kem untuk murid tahun 6 yang akan menghadapi peperiksaan UPSR pada bulan september nanti. Kem Kecemerlangan dan Motivasi telah diadakan pada 15 - 17 Julai 2010 yang melibatkan semua murid tahun 6.

Tujuan kem ini diadakan adalah untuk memberi motivasi kepada murid dalam menghadapi peperiksaan UPSR di samping membentuk diri menjadi seorang murid yang berjaya sehingga mendapat 5A dalam UPSR nanti. Aktiviti-aktiviti juga telah diatur supaya murid merasa seronok dan memperolehi satu pengalaman yang tidak akan dilupakan oleh mereka.

Ribuan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada penceramah yang datang memberi ceramah walaupun jaraknya jauh. Di samping itu tidak lupa juga kepada semua guru SK Jambu Bongkok yang telah menghadirkan diri dan membuatkan kem ini berjalan dengan lancar.

Diharap agar pertambahan murid yang mendapat 5A dalam peperiksaan UPSR nanti akan berlaku. Insya allah.

Perkhemahan Unit Pengakap

Pada 15 - 17 Julai 2010, satu aktiviti perkhemahan telah diadakan. Perkhemahan tersebut merupakan perkhemahan unit beruniform bagi Unit Pengakap bagi sekolah daerah Marang. Perkhemahan tersebut bertempat di Pusat Ko-Kurikulum Marang iaitu di SMK Merchang yang mana murid yang terlibat seramai 5 orang. Ketua guru pengiring adalah En Abdul Sazaser dan semua guru-guru pengakap SK Jambu Bongkok. Semoga murid dapat memperolehi banyak ilmu dan perkara semasa melibatkan diri dalam aktiviti perkhemahan tersebut.

Sambutan Majlis Sempena Isra' Dan Mikraj











Pada 8 Julai 2010, SK Jambu Bongkok telah mengadakan program sempena Isra' Dan Mikraj iaitu bertempat di dewan sekolah pada jam 11.00 pagi. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan penghayatan terhadap peristiwa-peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah islam kepada semua murid di sekolah ini.

Majlis ini dimulai dengan bacaan ayat sucu Al-Quran oleh adik Mohd Dinie Hardani dari kelas 5A. Setelah itu majlis memjemput wakil guru besar untuk memberikan ucapan. Selesai sahaja ucapan wakali guru besar murid dihidangakan dengan persembahan nasyid daripada murid Tahun 4A. Selesai sahaja persembahan nasyid, sesi ceramah diadakan dan disampaikan oleh ustaz Mohd Kamal.

Selesai sahaja sesi ceramah tersebut, untuk menilai tahap kefahaman murid mengenai ceramah yang disampaikannya tadi, maka satu pertandingan yang mana murid dikehndaki menjawab solalan yang akan ditanya oleh guru. Ia terbuka kepada murid tahap 2 dan tahap 1. Majlis ini berakhir pada jam 12.45 tengah hari.




Monday, July 12, 2010

Malaysia Menewaskan German?


Adakah ini betul atau khayalan semata-mata?

Sunday, July 4, 2010

Peperiksaan Pra Percubaan UPSR Tahun 2010







Selamat menduduki peperiksaan pra percubaan UPSR tahun 2010 kepada murid tahun 6 yang bermula 4 - 6 Julai 2010 (Ahad - Selasa). Semoga dapat menjawab soalan dengan baik dan seterusnya mendapat keputusan yang memberansangkan. Insya allah.

Wednesday, June 30, 2010

Lawatan Murid Ke Perkhemahan Kadet Bomba


Pihak sekolah telah menghantar beberapa orang murid yang dipilih dikalangan murid tahun 4 dan tahun 5 untuk mengadakan lawatan ke Akademi Bomba di Wakaf Tapai, Marang sempena Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2010 yang diiringi guru penyelaras unit uniform SK Jambu Bongkok iaitu En Zaki Bin Selimin.

Tuesday, June 22, 2010

Murid Mendapat 5A


Tahniah diucapkan kepada murid tahun 6 iaitu Nur Haziah, Nur Syahirah, Nur Hanina, Farah Khadija dan Siti Nur Fatihah kerana mendapat 5A dalam peperiksaan OTI2. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk peperiksaan yang akan datang.

Perkhemahan Uniform Bagi Murid Tahun 5







Pihak unit beruniform SK Jambu Bongkok akan menghantar 6 orang murid yang terdiri daripada unit Pengakap, TKRS, Tunas Puteri dan Puteri Islam ke Kem Kepimpinan Sahsiah Kokurikulum Sekolah Rendah Bagi Daerah Marang Tahun 2010. Kem itu dijalankan di Pusat Kokurikulum Marang iaitu di SMK Merchang. Murid-murid tersebut adalah Faranilisa Bt Mohamed (Tunas Puteri), Mohd Dinie Hardani Bin Mohd Wardi (TKRS), Fitrah Ameena Bt Zakaria (TKRS), Nurul Izzah Zailan Bt Apandi (Puteri Islam), Fadli Dzil Ikram Bin Mohd Nor (Pengakap) dan Raja Mohamad Azhari Bin Raja Razlan (Pengakap). Semoga mereka semua mendapat pengalaman yang berharga semasa kem itu dijalanlan dan dapat membentuk sahsiah yang tinggi.

Lawatan Kesihatan Murid 2010








Pada 21 Jun 2010, sekolah telah didatangi oleh pihak klinik kesihatan Gong Balai bersama dengan beberapa jururawat pelatih dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Tujuan nya adalah untuk membuat pemeriksaan kepada murid pra sekolah, murid tahun 1 dan murid tahun 6. Aspek yang diperiksa adalah pemeriksaan kesihatan, imunisasi dan pemakanan ubat cacing.

Sunday, June 20, 2010

Pembinaan Bangunan Baru Sekolah





Maka bermula pada minggu ini, Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok akan dibuat bangunan baru. Oleh itu kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan mengikut frasa-frasa yang telah ditetapkan. Semoga pembinaan ini berjalan dengan lancar dan siap sepenuhnya mengikut perancangan. Gambar tersebut menunjukkan pekerja sedang menyiapkan tandas.

Cuti Umum

Dia atas kejayaan kontijen negeri Terengganu dalam mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-13, maka pada 27 Jun 2010 iaitu pada hari ahad akan diberikan cuti umum bagi seluruh negeri Terengganu.Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontijen negeri Terengganu atas kejayaan tersebut.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Kepada warga SK Jambu Bongkok diucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat menjalankan tugas sebagai pendidik.

Monday, June 14, 2010

Solat Hajat Sempena Pembinaan Bangunan Baru Sekolah







Pada 10 Jun 2010 bertempat di dewan sekolah SK Jambu Bongkok diadakan majlis solat hajat sempena pembinaan bangunan baru sekolah. Majlis ini bermula selepas solat isyak yang diimankan oleh ustaz Azmi dan di hadiri oleh bapa dan guru SKJambu Bongkok. Selesai sahaja solat hajat, para hadiri dijemput untuk jamuan makan di kantin sekolah.

Sunday, June 6, 2010

Peperiksaan PTK Jun 2010

Selamat menduduki peperiksaan PTK kepada guru-guru SK Jambu Bongkok yang terlibat pada 8 Jun 2010 pada jam dan tempat yang telah ditetapkan . Semoga guru-guru dapat menjawab dengan baik dan seterusnya memperolehi keputusan yang baik. Kepada guru yang ingin menyemak slip peperiksaan PTK boleh lah ke bahagian makluman dan klik bahagian semakan pepepriksaan PTK. Selamat menduduki Peperiksaan PTK.

Thursday, June 3, 2010

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2010


Kepada warga SK Jambu Bongkok diucapkan selamat bercuti pertengahan tahun. Kepada guru yang pulang ke kampung diminta memandu kereta dengan berhati-hati. Ingat-ingatlah orang yang tersayang. Kepada guru yang akan membuat atau makan kenduri, selamat menjamu selera. Dan kepada guru yang ingin melancong, selamat melancong dan jangan lupa ambikkan gambar. Gambarnya akan dimasukkan dalam blog sekolah. Semoga cuti sekolah ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh guru. Selamat bercuti



Monday, May 31, 2010

Permainan Matematik

Cara meneka waktu.

Untuk meneka waktu, kita hendaklah menukar waktu itu daripada sistem 12 jam kepada sistem 24 jam. Permainan ini perlu menggunakan mesin kira untuk meneka waktu.

Contoh:

Katakan waktu yang diteka adalah pukul 7.45 malam. Jadi murid kena tukar kepada sisitem 24 jam iaitu 1945.(waktu itu hanya murid sahaja yang tahun).
  1. Guru mengarahkan murid waktu dalam sistem 24 jam yang telah ditukarkan itu didarab dengan 3.
  2. Jumlah tersebut ditambah dengan 7.
  3. Seterusnya didarab dengan 4.
  4. Ditambahkan dengan 12.
  5. didarabkan dengan 5.
  6. dicampurkan dengan 52.
Jumlah terakhir itu akan diberikan oleh murid. Apa yang guru perlu lakukan adalah jumlah itu ditolak dengan 252 dan hasilnya dibahagi dengan 60. Jawapannya akan diperolehi dalam sisitem 24 jam.jadi guru boleh meneka pukul berapa yang diteka oleh murid. Senang je kan.

Contoh Penyelesaian:

Murid teka pukul 7.45 malam. Minta mereka tukar kepada sistem 24 jam.

Langkah: (murid akan kira dan guru bagi arahan)
  1. waktu darab 3 (1945 x 3 =5835)
  2. tambah 7 ( 5835 + 7 = 5842)
  3. darab 4 ( 5842 x 4 = 23368)
  4. tambah 12 ( 23368 + 12 = 23380)
  5. darab 5 ( 23380 x 5 = 116900)
  6. tambah 52 ( 116900 + 52 = 116952)
Jawapan yang dibagi murid ialah 116952. Guru kira dengan menggunakan kod rahsia iaitu:
  1. 116952 - 252 = 116700
  2. 116700 bahagi 60 = 1945
Jawapannya 1945 bermakna pukul 7 45 malam. Murid tentu suka dengan permainan ini.

Jamuan Perpisahan Guru












Majlis Jamuan perpisahan guru-guru yang telah bertukar dari SK Jambu Bongkok telah dibuat pada 30 Mei 2010 bertempat di restoran seafood, Merchang jam 2.00 petang. Majlis ini dianjurkan oleh kelab guru SK Jambu Bongkok. Tetamu yang diraikan pada majlis ini ialah Pn Zaharah Bt Ibrahim dan En Azmi Bin Omar. Pn Zaharah telah bertukar ke SK Seberang Dungun manakala En Azmi telah bertukar ke SK Seberang Marang. Akan tetapi hanya Pn Zaharah sahaja yang datang manakala En Azmi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab tertentu.

Majlis ini dimulakan dengan jamuan dan seterusnya ucapan dari pengerusi kelab guru SK Jambu Bongkok, En Khalid Bin Mohd Akil dan ucapan daripada guru besar SK Jambu Bongkok iaitu En Zakaria Bin AB Rahman. Acara kemuncaknya ialah ucapan daripada tetamu yang diraikan iaitu Pn Zaharah Bt Ibrahim yang mana ucapannya dapat dirasai dengan sebak yang melanda di dalam dirinya. Apapun kami warga SK Jambu Bongkok akan mendoakan agar Pn Zaharah dan juga En Azmi dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan kami tidak lupa jasa dan pengorbanan mereka dalam menjayakan visi dan misi SK Jambu Bongkok ini. Kami sayang mereka. Selamat berjaya dan teruskan memertabatkan lagi profesion perguruan.