PIAGAM SEKOLAH 
1.  Pihak sekolah bertanggungjawab meningkatkan potensi murid.
 2. Memastikan  penguasaan murid melalui 3M iaitu membaca, menulis dan mengira.
 3. Memberi tunjuk ajar dan bimbingan agar murid  dapat membentuk sikap berdikari.
  4. Menggerakkan sikap penaakulan mulia bagi melahirkan individu  yang kreatif dan inovatif.
  5. Menyediakan kemudahan fizikal dan mewujudkan suasana  pembelajaran sebagai motivasi kepada murid-murid.
 6. Melahirkan murid yang berpotensi, berwibawa,  berilmu, beriman, beramal soleh dan berakhlak mulia.
 7. Meningkatkan tahap disiplin, kebersihan dan  keselamatan.di sekolah.
 8.  Melahirkan insan yang berpenyayang, bertoleransi, bekerjasama serta  berbakat ke arah masyarakat penyayang.
  9. Mengalu-alukan kedatangan ahli keluarga / pelawat dengan  layanan mesra, berurusan cepat, agar  jalinan  ikatan lebih erat.
 10. Kami  sedia menerima teguran dan saranan untuk meningkatkan kualiti  perkhidmatan sekolah kami.
11. Kami bersedia mendukung dan  mengamalkan sikap terbuka demi kesejahteraan bersama.
VISI SEKOLAH
Bahawa  Sesungguhnya VISI SKJB  iaitu  untuk menuju ke arah kecemerlangan dalam  pendidikan,  mewujudkan pelajar yang Beriman, Berilmu, Berakhlak. Mulia,   Berketrampilan dan Berwawasan melalui pelbagai program dan aktiviti berlandaskan   Falsafah Pendidikan Negara.
MISI SEKOLAH
Bahawa  Sesungguhnya MISI SKJB ialah untuk  meningkatkan  kecekapan dan keberkesanan pengajaran dan  pembelajaran, bermotivasi,  kreatif dan profesional  dalam menjalankan tugas.