Bilangan Pengujung

Guru-Guru SK Jambu Bongkok

Guru-Guru SK Jambu Bongkok
Sessi 2010

I made this widget at MyFlashFetish.com.

UPSR Tahun 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, June 30, 2010

Lawatan Murid Ke Perkhemahan Kadet Bomba


Pihak sekolah telah menghantar beberapa orang murid yang dipilih dikalangan murid tahun 4 dan tahun 5 untuk mengadakan lawatan ke Akademi Bomba di Wakaf Tapai, Marang sempena Perkhemahan Kadet Bomba Peringkat Kebangsaan bagi Tahun 2010 yang diiringi guru penyelaras unit uniform SK Jambu Bongkok iaitu En Zaki Bin Selimin.

Tuesday, June 22, 2010

Murid Mendapat 5A


Tahniah diucapkan kepada murid tahun 6 iaitu Nur Haziah, Nur Syahirah, Nur Hanina, Farah Khadija dan Siti Nur Fatihah kerana mendapat 5A dalam peperiksaan OTI2. Semoga kejayaan ini dapat menjadi pemangkin kepada mereka untuk peperiksaan yang akan datang.

Perkhemahan Uniform Bagi Murid Tahun 5







Pihak unit beruniform SK Jambu Bongkok akan menghantar 6 orang murid yang terdiri daripada unit Pengakap, TKRS, Tunas Puteri dan Puteri Islam ke Kem Kepimpinan Sahsiah Kokurikulum Sekolah Rendah Bagi Daerah Marang Tahun 2010. Kem itu dijalankan di Pusat Kokurikulum Marang iaitu di SMK Merchang. Murid-murid tersebut adalah Faranilisa Bt Mohamed (Tunas Puteri), Mohd Dinie Hardani Bin Mohd Wardi (TKRS), Fitrah Ameena Bt Zakaria (TKRS), Nurul Izzah Zailan Bt Apandi (Puteri Islam), Fadli Dzil Ikram Bin Mohd Nor (Pengakap) dan Raja Mohamad Azhari Bin Raja Razlan (Pengakap). Semoga mereka semua mendapat pengalaman yang berharga semasa kem itu dijalanlan dan dapat membentuk sahsiah yang tinggi.

Lawatan Kesihatan Murid 2010








Pada 21 Jun 2010, sekolah telah didatangi oleh pihak klinik kesihatan Gong Balai bersama dengan beberapa jururawat pelatih dari Universiti Sultan Zainal Abidin. Tujuan nya adalah untuk membuat pemeriksaan kepada murid pra sekolah, murid tahun 1 dan murid tahun 6. Aspek yang diperiksa adalah pemeriksaan kesihatan, imunisasi dan pemakanan ubat cacing.

Sunday, June 20, 2010

Pembinaan Bangunan Baru Sekolah





Maka bermula pada minggu ini, Sekolah Kebangsaan Jambu Bongkok akan dibuat bangunan baru. Oleh itu kerja-kerja pembinaan sedang giat dijalankan mengikut frasa-frasa yang telah ditetapkan. Semoga pembinaan ini berjalan dengan lancar dan siap sepenuhnya mengikut perancangan. Gambar tersebut menunjukkan pekerja sedang menyiapkan tandas.

Cuti Umum

Dia atas kejayaan kontijen negeri Terengganu dalam mempertahankan kejuaraan Sukan Malaysia (SUKMA) Ke-13, maka pada 27 Jun 2010 iaitu pada hari ahad akan diberikan cuti umum bagi seluruh negeri Terengganu.Syabas dan tahniah diucapkan kepada kontijen negeri Terengganu atas kejayaan tersebut.

Selamat Kembali Ke Sekolah

Kepada warga SK Jambu Bongkok diucapkan selamat kembali ke sekolah dan selamat menjalankan tugas sebagai pendidik.

Monday, June 14, 2010

Solat Hajat Sempena Pembinaan Bangunan Baru Sekolah







Pada 10 Jun 2010 bertempat di dewan sekolah SK Jambu Bongkok diadakan majlis solat hajat sempena pembinaan bangunan baru sekolah. Majlis ini bermula selepas solat isyak yang diimankan oleh ustaz Azmi dan di hadiri oleh bapa dan guru SKJambu Bongkok. Selesai sahaja solat hajat, para hadiri dijemput untuk jamuan makan di kantin sekolah.

Sunday, June 6, 2010

Peperiksaan PTK Jun 2010

Selamat menduduki peperiksaan PTK kepada guru-guru SK Jambu Bongkok yang terlibat pada 8 Jun 2010 pada jam dan tempat yang telah ditetapkan . Semoga guru-guru dapat menjawab dengan baik dan seterusnya memperolehi keputusan yang baik. Kepada guru yang ingin menyemak slip peperiksaan PTK boleh lah ke bahagian makluman dan klik bahagian semakan pepepriksaan PTK. Selamat menduduki Peperiksaan PTK.

Thursday, June 3, 2010

Cuti Sekolah Pertengahan Tahun 2010


Kepada warga SK Jambu Bongkok diucapkan selamat bercuti pertengahan tahun. Kepada guru yang pulang ke kampung diminta memandu kereta dengan berhati-hati. Ingat-ingatlah orang yang tersayang. Kepada guru yang akan membuat atau makan kenduri, selamat menjamu selera. Dan kepada guru yang ingin melancong, selamat melancong dan jangan lupa ambikkan gambar. Gambarnya akan dimasukkan dalam blog sekolah. Semoga cuti sekolah ini dapat dimanfaat sepenuhnya oleh guru. Selamat bercuti