Bilangan Pengujung

Guru-Guru SK Jambu Bongkok

Guru-Guru SK Jambu Bongkok
Sessi 2010

I made this widget at MyFlashFetish.com.

UPSR Tahun 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 31, 2010

Jamuan Perpisahan Guru












Majlis Jamuan perpisahan guru-guru yang telah bertukar dari SK Jambu Bongkok telah dibuat pada 30 Mei 2010 bertempat di restoran seafood, Merchang jam 2.00 petang. Majlis ini dianjurkan oleh kelab guru SK Jambu Bongkok. Tetamu yang diraikan pada majlis ini ialah Pn Zaharah Bt Ibrahim dan En Azmi Bin Omar. Pn Zaharah telah bertukar ke SK Seberang Dungun manakala En Azmi telah bertukar ke SK Seberang Marang. Akan tetapi hanya Pn Zaharah sahaja yang datang manakala En Azmi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab tertentu.

Majlis ini dimulakan dengan jamuan dan seterusnya ucapan dari pengerusi kelab guru SK Jambu Bongkok, En Khalid Bin Mohd Akil dan ucapan daripada guru besar SK Jambu Bongkok iaitu En Zakaria Bin AB Rahman. Acara kemuncaknya ialah ucapan daripada tetamu yang diraikan iaitu Pn Zaharah Bt Ibrahim yang mana ucapannya dapat dirasai dengan sebak yang melanda di dalam dirinya. Apapun kami warga SK Jambu Bongkok akan mendoakan agar Pn Zaharah dan juga En Azmi dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan kami tidak lupa jasa dan pengorbanan mereka dalam menjayakan visi dan misi SK Jambu Bongkok ini. Kami sayang mereka. Selamat berjaya dan teruskan memertabatkan lagi profesion perguruan.

2 comments:

  1. lepas makan jamuan tu....kenyang sampai malam...kira makan malam dok lah...bila pulak nak wak lagi tu....

    ReplyDelete
  2. jangan suka ma tulis ulasan jamuan kat atas....bukan syok sendiri tau

    ReplyDelete