Bilangan Pengujung

Guru-Guru SK Jambu Bongkok

Guru-Guru SK Jambu Bongkok
Sessi 2010

I made this widget at MyFlashFetish.com.

UPSR Tahun 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Wednesday, May 26, 2010

Permata Pintar




UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8 tahun sahaja)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).


Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)


Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.


*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

4 comments:

  1. tinggal tahun 2 lagi tak buat.....sempat rasanya nak buat

    ReplyDelete
  2. insya allah.. kalu buat sempatlah.... so buatlah cepat-cepat.........

    ReplyDelete
  3. hari ahad ni nak buat tahun 2....last minit ppd tel suruh buat jugak untuk murid tahun 2 dan tahun 3....tu kalut sikit....

    ReplyDelete
  4. siap dah....semua 60 orang murid...kira banyak lah tu

    ReplyDelete