Untuk meneka waktu, kita hendaklah menukar waktu itu daripada sistem 12 jam kepada sistem 24 jam. Permainan ini perlu menggunakan mesin kira untuk meneka waktu.
Contoh:
Katakan waktu yang diteka adalah pukul 7.45 malam. Jadi murid kena tukar kepada sisitem 24 jam iaitu 1945.(waktu itu hanya murid sahaja yang tahun).
- Guru mengarahkan murid waktu dalam sistem 24 jam yang telah ditukarkan itu didarab dengan 3.
- Jumlah tersebut ditambah dengan 7.
- Seterusnya didarab dengan 4.
- Ditambahkan dengan 12.
- didarabkan dengan 5.
- dicampurkan dengan 52.
Contoh Penyelesaian:
Murid teka pukul 7.45 malam. Minta mereka tukar kepada sistem 24 jam.
Langkah: (murid akan kira dan guru bagi arahan)
- waktu darab 3 (1945 x 3 =5835)
- tambah 7 ( 5835 + 7 = 5842)
- darab 4 ( 5842 x 4 = 23368)
- tambah 12 ( 23368 + 12 = 23380)
- darab 5 ( 23380 x 5 = 116900)
- tambah 52 ( 116900 + 52 = 116952)
- 116952 - 252 = 116700
- 116700 bahagi 60 = 1945
ma cuba doh ko budak masa ma ngajar kat SK Kemasul di Pahang dulu....budak tok se blajar pasal nak main teka ni...mujur time tu satu masa....kira bolehlah...
ReplyDelete