Bilangan Pengujung

Guru-Guru SK Jambu Bongkok

Guru-Guru SK Jambu Bongkok
Sessi 2010

I made this widget at MyFlashFetish.com.

UPSR Tahun 2010


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Monday, May 31, 2010

Permainan Matematik

Cara meneka waktu.

Untuk meneka waktu, kita hendaklah menukar waktu itu daripada sistem 12 jam kepada sistem 24 jam. Permainan ini perlu menggunakan mesin kira untuk meneka waktu.

Contoh:

Katakan waktu yang diteka adalah pukul 7.45 malam. Jadi murid kena tukar kepada sisitem 24 jam iaitu 1945.(waktu itu hanya murid sahaja yang tahun).
  1. Guru mengarahkan murid waktu dalam sistem 24 jam yang telah ditukarkan itu didarab dengan 3.
  2. Jumlah tersebut ditambah dengan 7.
  3. Seterusnya didarab dengan 4.
  4. Ditambahkan dengan 12.
  5. didarabkan dengan 5.
  6. dicampurkan dengan 52.
Jumlah terakhir itu akan diberikan oleh murid. Apa yang guru perlu lakukan adalah jumlah itu ditolak dengan 252 dan hasilnya dibahagi dengan 60. Jawapannya akan diperolehi dalam sisitem 24 jam.jadi guru boleh meneka pukul berapa yang diteka oleh murid. Senang je kan.

Contoh Penyelesaian:

Murid teka pukul 7.45 malam. Minta mereka tukar kepada sistem 24 jam.

Langkah: (murid akan kira dan guru bagi arahan)
  1. waktu darab 3 (1945 x 3 =5835)
  2. tambah 7 ( 5835 + 7 = 5842)
  3. darab 4 ( 5842 x 4 = 23368)
  4. tambah 12 ( 23368 + 12 = 23380)
  5. darab 5 ( 23380 x 5 = 116900)
  6. tambah 52 ( 116900 + 52 = 116952)
Jawapan yang dibagi murid ialah 116952. Guru kira dengan menggunakan kod rahsia iaitu:
  1. 116952 - 252 = 116700
  2. 116700 bahagi 60 = 1945
Jawapannya 1945 bermakna pukul 7 45 malam. Murid tentu suka dengan permainan ini.

Jamuan Perpisahan Guru












Majlis Jamuan perpisahan guru-guru yang telah bertukar dari SK Jambu Bongkok telah dibuat pada 30 Mei 2010 bertempat di restoran seafood, Merchang jam 2.00 petang. Majlis ini dianjurkan oleh kelab guru SK Jambu Bongkok. Tetamu yang diraikan pada majlis ini ialah Pn Zaharah Bt Ibrahim dan En Azmi Bin Omar. Pn Zaharah telah bertukar ke SK Seberang Dungun manakala En Azmi telah bertukar ke SK Seberang Marang. Akan tetapi hanya Pn Zaharah sahaja yang datang manakala En Azmi tidak dapat menghadirkan diri atas sebab tertentu.

Majlis ini dimulakan dengan jamuan dan seterusnya ucapan dari pengerusi kelab guru SK Jambu Bongkok, En Khalid Bin Mohd Akil dan ucapan daripada guru besar SK Jambu Bongkok iaitu En Zakaria Bin AB Rahman. Acara kemuncaknya ialah ucapan daripada tetamu yang diraikan iaitu Pn Zaharah Bt Ibrahim yang mana ucapannya dapat dirasai dengan sebak yang melanda di dalam dirinya. Apapun kami warga SK Jambu Bongkok akan mendoakan agar Pn Zaharah dan juga En Azmi dapat menyesuaikan diri di tempat baru dan kami tidak lupa jasa dan pengorbanan mereka dalam menjayakan visi dan misi SK Jambu Bongkok ini. Kami sayang mereka. Selamat berjaya dan teruskan memertabatkan lagi profesion perguruan.

Wednesday, May 26, 2010

Permata Pintar




UJIAN PERMATApintar UKM1 KINI BERMULA

Ujian PERMATApintar UKM1 bermula dari 1 Mac 2010 hingga 31 Mei 2010. Ujian ini adalah untuk pelajar-pelajar Malaysia yang berumur 8 hingga 15 tahun sahaja. Ujian ini boleh dilakukan sama ada di sekolah, rumah, cybercafé atau dimana sahaja terdapat capaian internet. Ujian UKM1 merupakan saringan pertama untuk pelajar menyertai program-program.

1. Perkhemahan PERMATApintar Negara di UKM (untuk pelajar berusia 9-15 tahun)
2. Perkhemahan PERMATA Insan yang dikendalikan oleh Universiti Sains Islam Malaysia (untuk pelajar berusia 8 tahun sahaja)
3. Akademi PERMATApintar UKM iaitu sekolah khas pintar cerdas (untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2010 yang akan memasuki tingkatan 4 Akademi pada tahun 2011).


Keperluan system:
1. Komputer dan tetikus
2. Capaian internet yang stabil
3. Pelayan Internet (Internet Explorer, Mozilla Firefox, Safari dan Google Chrome)


Perlu diingatkan bahawa pelajar tidak dibenarkan mendapatkan bantuan dari orang lain, kamus, media elektronik dan sebagainya semasa mengambil ujian saringan ini, dan setiap pelajar hanya dibenarkan mengambil ujian saringan ini sekali sahaja. Pelajar akan diminta memasukkan biodata mereka sebelum memulakan ujian saringan ini.


*Nota:
1. Ibubapa, penjaga atau guru dibenarkan membantu pelajar untuk memasukkan maklumat pelajar, sekolah dan ibubapa/penjaga sahaja.
2. Ujian ini boleh diberhentikan dan disambung semula ke mukasurat terakhir anda.
3. Jika talian internet anda terputus anda akan dibawa ke mukasurat permulaan dan anda perlu memasukkan MYKAD/MYKID/Surat Beranak# untuk ke mukasurat terakhir anda.

Suasana Peperiksaan Pertengahan Tahun 2010







Hari ini merupakan hari terakhir semua murid SK Jambu Bongkok menghadapi peperiksaan. Diharap agar semua murid dapat menjawab dengan baik. Semoga keputusan yang diperolehi oleh murid dapat memuaskan hati guru yang mengajar. Apapun tahniah kepada semua guru kerana dapat menjalalan tugas sebagai pengawas peperiksaan.

Thursday, May 20, 2010

Kereta






















Kereta merupakan satu kenderaan yang amat penting untuk bergerak dari tempat ke tempat yang lain. Dahulu hanya pengankutan bas atau motosikal sahaja yang digunakan. Memandangkan kebanyakan guru yang mengajar di sekolah ini di mana tempat tinggalnya jauh maka keretalah kenderaan yang paling utama. Di sini disenaraikan kereta-kerata guru sekolah SK Jambu Bongkok.Ini bukan apa hanya sesaja untuk masukkan dalam blog.

Permata Sekolah



Seorang murid daripada sekolah kita telah dipilih untuk menyertai pemilihan pemain dalam acara bola sepak untuk mewakili negeri. Murid tersebut adalah Mohd Zulhilmi Bin Khamis daripada Tahun 6B. Semoga Mohd Zulhilmi dapat terpilih untuk mewakili pasukan negeri dalam permainan bola sepak dan seterusnya mengharumkan nama sekolah kita nanti.

Perkhemahan Pengakap



Pada 15 Julai 2010 bertempat di Pusat Kokurikulum Marang (SMK Merchang) akan diadakan satu perkhemahan unit uniform Pengakap untuk sekolah-sekolah daerah Marang.Keahliannya adalah seramai 5 orang bagi setiap satu sekolah. Penyertaan adalah diwajibkan. Untuk keterangan lanjut sila berhubung dengan cikgu Abdul Sazaser. Selamat berkhemah.

Wednesday, May 19, 2010

Peperiksaan Pertengahan Tahun

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua murid SK Jambu Bongkok yang bermula pada 23 Mei sehingga 27 Mei 2010 iaitu hari ahad hingga khamis. Kepada guru semua, selamat menjadi pengawas peperiksaan pada setiap kelas yang ditetapkan. Doakan kepada murid kita supaya dapat menjawab peperiksaan dengan tenang dan berjaya. Insya allah.

Program Motivasi Jatidiri Murid-Murid Tahun 6












Program Motivasi Jatidiri murid-murid tahun 6 telah diadakan pada 19 Mei 2010 bertempat di dewan sekolah pada jam 9.00 pagi. Program ini pada mulanya hanya untuk murid tahun 6 bersama dengan ibubapa. Akan tetapi disebabkan program ini dilakukan secara segera maka kemungkinan ibubapa murid tidak dapat hadir. Hanya sebilangan sahaja yang hadir. Oleh hal yang demikian pihak sekolah melibatkan murid-murid tahun 5 berserta murid tahun 4 yang terpilih. Maka program ini dapat berjalan dengan lancar dan berjaya. Penceramah yang dijemput untuk program ini adalah Al-Fadhil Ustaz Hj Yusof Bin Abdul Razak iaitu Pengarah Urusan Irsyad Training & Consultancy. Ceramah yang disampaikan beliau amat menarik minat murid dan ibubapa. Ceramah beliau merangkumi penerangan, permainan, tayangan video dan nyanyian. Apa yang menyentuh hati adalah pada akhir ceramah beliau, beliau telah mengadakan sessi keinsafan diri yang mana murid, ibubapa dan guru menitiskan air mata. Ia diakhir dengan bersalaman antara murid dengan ibubapa dan antara murid dengan guru yang penuh dengan sebak di dada. Program tamat pada jam 1.00 petang.

Selamat Datang Ke SK Jambu Bongkok



Kami semua warga sekolah SK Jambu Bongkok ingin mengucapkan selamat datang kepada Cik Noor Baizura Binti Mohd Sidek @ Mohd Taib. Beliau akan mengajar di sini bermula 12 Mei 2010 sehingga 26 Jun 2010 bagi menggantikan Pn Suria Binti Hassan kerana cuti bersalin. Semoga beliau dapat mengajar dengan baik di sini dan kami warga sekolah sedia membantu jika ada sebarang kesulitan dan masalah.